Orang kata, makanan yang sedap itulah yang membawa penyakit sebenarnya. Kanak-kanak boleh makan apa sahaja yang mereka suka. Tanpa mengambil kira samaada makanan atau minuman tersebut mengandungi nutrisi yang baik untuk badan mereka, mereka masih belum cukup matang untuk mengawasi kesihatan diri mereka sendiri.
Oleh itu, ia adalah peranan atau tanggungjawab ibu bapa terutamanya untuk mengawasi cara dan pengambilan makanan anak-anak anda. Justeru, tidak semua makanan yang ada di muka bumi ini berjasa kepada tubuh badan kanak-kanak. Antaranya adalah:-
1) Bijirin sarapan pagi
Ibu bapa di Malaysia gemar menyediakan sarapan pagi anak-anak dengan mudah dan ringkas iaitu bijiran. Akibat daripada pengaruh televisyen yang menghidangkan pelbagai khasiat boleh diperolehi dari bijirin-bijirin ini maka pemakanan ini menjadi trend pada masa kini. Hakikatnya, ibu bapa perlu tahu bijirin mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Gula yang berlebihan akan mengakibatkan obesiti!!
2) Daging proses
Burger, ayam goreng, nugget dari mana-mana cawangan makanan segera hanya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tubuh badan kanak-kanak. Kajian mendapati pengambilan makanan segera merosakkan dan menyebabkan arteri tersumbat!
3) Snek
Snek biasanya dihasilkan dengan tepung yang diproses dan ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan kenaikan tahap kolestrol yang tinggi. Bahan-bahan pemprosesannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang snek bukanlah makanan yang berkhasiat untuk anak anda. Oleh itu, elakan!
4) Jua buah-buahan
Dr. David Ludwig, seorang pakar pediatrik obesiti di Hospital Kanak-kanak Boston mengatakan bahawa jus juga boleh disamakan dengan air berkarbonat yang lain. “They are 100 per cent sugar,” katanya. Justeru, tiada khasiat yang boleh didapati dengan memberikan jus kepada kanak-kanak.
5) Kentang goreng
Antara makanan yang terdapat di dalam senarai makanan yang digemari oleh anak-anak anda. Bukannya harus dihentikan serta-merta namun pengambilannya harus dikurangkandari masa ke masa. Kerana kandungan lemak dan garam yang amat tinggi dan tiada nilai nutrisi yang baik untuk tubuh badan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment